• Jonathan Shiek

Bukan Gaun Berdarah, Aina Abdul Jelaskan Maksud Sebenar Pakaiannya Di Malam AJL

Busana yang dipakai oleh penyanyi Aina Abdul ketika membuat persembahan menerusi lagu Semalam dalam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sebentar tadi mencuri perhatian netizen apabila dianya dilihat seakan berdarah.

Busana serba hitam dengan gaya ‘pleated’ itu menjadi usikan netizen kerana dianggap aneh lebih-lebih lagi pada bahagian topi yang digayakan.

Bagaimanapun, menerusi satu hantaran yang dimuat naik Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 28, dalam Instagramnya menjelaskan bahawa busana hasil rekaan pereka Wan dan Marry itu dinspirasikan daripada payung terjun atau parachute.


View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)


“Payung terjun atau paracut dipilih sebagai elemen terbesar dalam reka bentuk busana saya dalam AJL35 bagi melambangkan imej daun gugur yang ditiup angin.

“Imej grafik yang dipancarkan di atas kain pula lambang kepada bait ‘calar ungu’ yang terdapat dalam lirik lagu,” ujarnya.

Ujar penyanyi dengan vokal mantap itu lagi, topi yang digayakan pula melambangkan tempat tidur seorang bayi atau kanak-kanak kecil yang mewakili lirik ‘tinggal ku sendiri, ditemai jasad ini’.

“Bait kata ‘jasad ini’ adalah metafora kepada figura seorang bayi atau kanak-kanak kecil yang ada bersama-sama wanita semasa berlakunya kisah ‘Semalam’.

“Jaket siluet besar dengan susunan kain ‘pleated’ yang kelihatan sarat memaparkan kisah penderitaan berat yang dialami wanita. Perincian pleated ialah hasil inspirasi daripada daun palas kipas atau palm tree mewakili lirik ‘diri ini bagai daun gugur’,” katanya.

Finalis AJL34 tahun lalu menerusi lagu Sumpah itu turut mendedahkan, pemilihan warna hitam melambangkan daun tersebut sudah tua dan kering selain menjadi simbolik kepada perkataan ‘Semalam’.

Berseni betul kan?

#AinaAbdul #ajl35

0 views0 comments