• Jonathan Shiek

Bukan Diet Yang Bernas: Buaya Telan Kasut, Terpaksa Dibedah

Washington: Seekor buaya diberi nama Anuket dibedah di Florida, Amerika Syarikat (AS) kerana menelan kasut pelancong.

Kasut milik pelancong terlepas dan mendarat di sangkar buaya di Taman Zoologi Buaya St Augustine.

Anuket yang berada di salam sangkar itu bersama buaya lain dikenali sebagai Sobek, didapati menelan kasut berkenaan.

CNN melaporkan, pelbagai usaha dilakukan untuk mengeluarkan kasut dari dalam perut Anuket namun gagal.

Doktor di Fakulti Kedoktoran Haiwan Universiti Florida melakukan pembedahan pada 5 Februari dan mengeluarkan kasut itu.

“Petugas perubatan zoo, Garrett Fraess awalnya berusaha mengeluarkan kasut, tetapi tidak berhasil.

“Akibat gagal mengeluarkan kasut, kakitangan zoo membawa Anuket ke hospital haiwan di Universiti Florida,” menurut hantaran dimuat naik di Facebook fakulti berkenaan.

Doktor bedah haiwan, Adam Biedrzycki mencuba mengeluarkan kasut dengan kaedah khusus, bagaimanapun usaha itu gagal.

Biedrzycki melakukan prosedur gastrotomi dan ia mengeluarkan kasut berkenaan.

Selepas pembedahan, Anuket dibebaskan semula ke sangkarnya untuk proses pemulihan.

Sumber: Astro Awani

If the shoe fits your fancy…swallow it? Not a good idea! Our team performed surgery Feb. 5 to remove a shoe from the stomach of this 10.5’, 341-pound Nile crocodile, named Anuket. She's recuperating well back at @StAugGatorFarm. Full story on our FB page: https://t.co/YNwv2pFmmJ pic.twitter.com/W6IOK8TQZZ — UFVetMed (@UFVetMed) February 15, 2021
0 views0 comments