• Jonathan Shiek

Bugatti Menjual Meja Snuker Dengan Harga RM 1.2 Juta

Pada korang yang kurang mengetahui, apakah jenama Bugatti ini ?. Bugatti adalah sebuah jenama pengeluar automobil terkemuka di dunia dan kebiasaan harga sebuah kenderaan boleh cecah sehingga jutaan ringgit untuk dimiliki.

Kini Bugatti memperkenalkan meja snuker termahal di dunia dengan tanda harga yang dijual £217,000 (RM1.2 juta). Seperti dilihat dengan harga yang dijual ini, sangat tak masuk akal bagi sebuah meja snuker.

Tapi korang perlu tahu sesuatu, meja ini direka khas untuk kegunaan di atas kapal layar mewah, meja snuker tersebut membolehkan pemiliknya bermain permainan ketika sedang berlayar di lautan tanpa gangguan goncangan.

Ini bertujuan meja laras sendiri ketika menggunakan teknologi komputer yang canggih bagi memastikan permukaan meja kekal stabil meskipun dalam keadaan laut bergelora. Bingkai meja tersebut diperbuat daripada titanium dan aluminium bagi memenuhi standard yang digunakan oleh pemain profesional dalam pertandingan.

Meja berkenaan dilengkapi dengan isyarat snuker fiber karbon ringan dan skrin sentuh berukuran 33 sentimeter bagi memantau skor pemain. Meja ini dijual 30 unit sahaja sebagai edisi terhad dan dijangka habis dijual dalam beberapa hari penjualannya nanti.

Ada diantara korang yang berminat ke nak beli meja snuker ini ? sila share kan di ruangan komen dibawah.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments