• Jonathan Shiek

Budak Perempuan Menangis Kerana Jerman Kalah, Kini Dapat RM 150,000

Kalau korang pengikut bola sepak bagi Euro 2020 mesti korang tahu bahawa Jerman telah tewas di tangan skuad Three Lions di pusingan kalah mati pada 30 Jun 2021, Rabu minggu lepas. Dalam ramai-ramai penyokong Jerman, terdapat seorang peminat cilik ini yang menangis selepas pasukan berkenaan kalah dalam perlawanan tersebut.

Disebabkan perkara ini, penyokong England menyumbang puluhan ribu pound buat si cilik ini atas kerana kasihan dan simpati dengannya. Peminat yang bermurah hati itu memberi sumbangan selepas warga Wales, Joel Hughes mencipta sebuah halaman baru ‘JustGiving’ untuk kanak-kanak perempuan itu akibat diejek kerana reaksinya terhadap penyingkiran skuad kendalian Joachim Low dari kejohanan.

Sehingga kini mereka telah menyumbang lebih £ 26,000 (RM149,629). Beberapa penyokong pada pertembungan 16 terakhir antara England dan Jerman dilihat bersorak ketika peminat cilik itu dirakam menangis oleh skrin penyiar selepas perlawanan.

Sumber artikel asal dari Berita Harian

0 views0 comments