• Syaziyah Md Sharif

Budak Darjah 2 Rancak Bercinta Dalam WhatsApp, Tetapi Senyap Dalam PDPR

"Sudah mandi baby?"

Kredit Foto: Facebook Suziana Basa

Pembelajaran Dan Pengajaran Dari Rumah (PDPR) bukanlah sesuatu yang baru pada zaman ini, hampir kesemua pelajar di sekolah rendah, menengah dan universiti melaksanakan cara pembelajaran tersebut.


Guru-guru biasanya menanya soalan atau memberi pembelajaran menerusi telefon pintar, tablet mahupun komputer dan respon pelajar amat penting agar pembelajaran terjadi dengan lebih efisyen.


Baru-baru ini, sebuah perkongsian di Facebook telah menarik perhatian netizen apabila seorang wanita telah memuat naik gambar dimana mesej perbualan seorang kanak-kanak yang baru sahaja berusia lapan tahun bercinta dalam aplikasi WhatsApp.

Perkongsian Suziana Basa itu juga memberitahu yang kanak-kanak tersebut selalunya diam ketika PDPR dijalankan.


Dalam pada itu, beliau juga menasihati ibu bapa untuk sentiasa memeriksa telefon pintar anak-anak mereka bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku.


Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan pengguna tersebut merupakan guru buat pelajar berkenaan ataupun hanya seseorang yang menulis dari pengalaman orang lain.




Sumber: Facebook

15 views0 comments