• Jonathan Shiek

Budak 9 Tahun Guna Wang Simpanan Untuk Beli 100 Mesin Oksigen

Terdapat Aktivitis kanak-kanak atau lebih dikenali ‘Greta of India’ sanggup berkorban wang simpanannya sendiri demi membeli 100 mesin oksigen buat pesakit COVID-19 setelah negara dilanda gelombang kedua pandemik Covid-19.

Licypriya Kangujam, 9 tahun pada ciapannya di Twitter pada Jumaat telah menempah 100 mesin oksigen dengan bernilai 50,000 rupee (RM 2,763) satu. Dia dengan bertujuan ingin membantu dan membelanjakan wang simpanan sendiri untuk melakukan kebajikan tersebut.

“100 mesin oksigen ia mungkin tak mencukupi. Mohon pertolongan anda untuk membeli lebih banyak. India sedang nazak masa kini,” katanya. 

Kini kerajaan negara Taiwan sedang cuba untuk menghantar 150 mesin oksigen ke India pada minggu ini. Selain dari itu, berjanji Taiwan akan menghantar lebih banyak lagi bantuan selepas itu.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments