• Syaziyah Md Sharif

Buat TikTok Perli 'Couple' Tidak Halal Beli Pil Perancang, Pelajar Farmasi Ini Dikecam

Pil perancang bukan untuk cegah kehamilan je ya!


Pil perancang kehamilan bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia perubatan, walaupun ramai yang menganggap ia merupakan salah satu cara untuk 'melepaskan' diri tetapi sebenarnya pil itu juga berfungsi bagi mereka yang ingin merancang keluarga, pergi melancong ataupun untuk kecemasan.


Sebagai pengamal perubatan, sepatutnya perlu terus profesional dan hormati hal peribadi pesakit, mesti ada sebab dia nak beli pil tersebut kan?


Baru-baru ini, tular sebuah video TikTok dimana dua orang pelajar farmasi seakan memerli mereka yang membeli pil yang dinamakan Postinor itu.

Video tersebut juga dimuat naik semula oleh individu lain di Twitter dengan menyertakan rasa kurang senangnya dengan kenyataan yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika bertemu dengan pharmacist seperti gadis tersebut ketika mahu membeli pil mencegah kehamilan.


Terbaru, difahamkan ada pihak yang telah membuat aduan berkenaan etika pelajar tersebut kepada pihak pengurusan kolej. Walau bagaimanapun, hal ini masih lagi menjadi perdebatan di media sosial kerana beranggapan perkara sebegitu tidak harus dijadikan konten untuk meraih perhatian.




Sumber: Twitter

21 views0 comments