• Syaziyah Md Sharif

Buat 'Kaki Wayang', Ini Antara Filem-Filem Blockbuster Yang Bakal Temui Anda Tahun Ini!

Okay dah boleh set kalendar!

Setelah sekian lama kita tidak dapat menjejakkan kaki ke panggung wayang dek kerana pandemik Covid-19, tahun ini mungkin ada sinar baru buat semua peminat filem. Tahun 2022 ini bakal menyaksikan beberapa filem yang bakal ditayangkan, dan pastinya ia akan membuatkan anda semua teruja!


Jom kita lihat beberapa filem yang bakal ditayangkan tahun ini;


The Batman (Mac)


Filem ini menyaksikan Batman mendedahkan rasuah di Bandar Gotham semasa mengejar Riddler (Dano), pembunuh bersiri yang mensasarkan golongan elit Gotham. Filem arahan Matt Reeves ini bakal menampilkan Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne aka Batman. Zoe Kravits, Colin Firth, Paul Dano, Andy Serkis dan ramai lagi yang akan muncul dalam filem ini.


Fantastic Beasts 3 : The Secrets of Dumbledore (April)

Siri filem nukilan novelis J.K Rowling ini bakal menyambung legasinya, siri Fantastic Beasts ini bakal kembali dengan naskhah terbaharu yang akan menceritakan tentang rahsia kehidupan pengetua Hogwarts, Albus Dumbledore. Ramai yang tidak sabar menanti hubung kait antara Aurelius Dumbledore lakonan Ezra Miller dengan Albus lakonan Jude Law.


Doctor Strange in the Multiverse of Madness (Mei)

Mesti ramai yang sudah menonton filem Spiderman No Way Home kan? Lagilah tak sabar nak tunggu filem ini!


Jika anda sudah menonton trailer filem ini, terdapat banyak perkara yang mengejutkan. Filem ini akan merungkai dunia dalam ‘multiverse’ termasuk pertalian antara Scarlet Witch dengan Doctor Strange.


Babylon (Disember)

Ada tak antara korang yang sukakan filem La La Land, atau Whiplash? Kali ini, dari pengarah yang sama, bakal ditayangkan sebuah naskhah yang menceritakan era Hollywood lama. Filem ini dibintangi nama-nama besar seperti Tobey Maguire, Olivia Wilde, Brad Pitt dan Margot Robbie.


Wakanda Forever (November)

Diarahkan oleh Ryan Coogler, filem ini masih dalam proses penggambaran kerana tertangguh akibat salah seorang bintangnya, Letitia Wright cedera. Filem ke-30 MCU ini menjadi tanda tanya besar selepas bintang utamanya, Chadwick Boseman T’Challa, meninggal dunia tahun lalu.


Avatar 2 ( Disember)


Pengarah, James Cameron pernah berjanji akan mengarahkan dua lagi sekuel, sekiranya Avatar yang diterbitkan pada tahun 2009 cemerlang dari segi kutipan. Hasilnya, Avatar menjadi filem paling laris sepanjang zaman dan ternyata, James mengotakan janjinya. Avatar 2 semestinya berada di tangga paling atas filem paling ditunggu ramai buat tahun 2022.


Banyak lagi filem yang bakal menemui anda tahun ini, sediakan popcorn ok!

11 views0 comments