• Jonathan Shiek

Buang Rasa Malu Demi Membantu Mereka Yang Memerlukan

Seorang lelaki mendapat perhatian warga Twitter apabila membeli tuala wanita sehingga dua troli!

Gambar yang dimuat naik oleh Mohamad farid, 32, itu mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya memuji sikap Mohamad Farid kerana sanggup mengetepikan rasa malu untuk membantu wanita yang memerlukan.

Mohamad Farid berkata, tuala wanita itu sebenarnya dibeli untuk disumbangkan kepada gelandangan, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan di sekitar Batu Kawan, Pulau Pinang.

Katanya, sebanyak 100 pek tuala wanita dibeli menggunakan dana hasil sumbangan orang ramai dan akan diagihkan kepada penerima.

Beliau merupakan pengasas Pertubuhan Ziarah Amal Kampung To Kampung (K2K) dan aktif dalam kegiatan amal.

Menerusi Harian Metro, beliau berkata,

“Niat asal saya adalah membantu wanita memerlukan terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi saya buang rasa malu itu dan urusan pembelian jadi mudah kerana saya dibantu seorang rakan wanita yang ikut sama berbelanja.”

#K2K #tualawanita

0 views0 comments