• Jonathan Shiek

Bront Palarae Menang Pelakon Lelaki Terbaik Asia

Pelakon Bront Palarae membanggakan rakyat Malaysia selepas diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Digital) menerusi drama The Bridge 2 pada Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-25 yang berlangsung di Singapura malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan Bront menewaskan tujuh calon lain Chutavuth Pattarakampol (Thailand), Rajeev Khandewal (India), Vo Dang Khoa (Vietnam), Jeff Chao (Singapore), Ario Bayu (Indonesia), Tarra Budiman (Indonesia) dan Kamal Adli menerusi drama, Black.

Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 43, dalam ucapannya memberitahu dia gembira dan bersyukur dengan anugerah yang diterimanya.

“Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh kru produksi The Bridge 2 termasuklah para pelakon terutama kepada tiga pengarahnya, Thean-jeen Lee, Jason Chong dan Zahir Omar.

Selain itu, drama rantaian tersebut juga dicalonkan dalam 11 kategori lain.

The Bridge merupakan sebuah siri yang mengisahkan penyiasatan bergenre thriller. Siri itu disiarkan di Viu dan HBO.

Sumber: Kosmo

0 views0 comments