• Jonathan Shiek

Bot Terkandas Sama Dengan Situasi Di Terusan Suez

Kejadian yang sama tapi ia bukanlah sebuah kapal, cuma bot panjang saja yang tersekat di laluan air di Cambridgeshire, England yang mencuri perhatian netizen dimana ia di kaitkan dengan insiden kapal Kontena MV Ever Given yang terkandas di Terusan Suez.

Bot berkenaan dinamakan Ouse Who sepanjang 13.7 meter terkandas di antara dua tebing terusan yang sempit menyebabkan insiden berkenaan mirip yang menimpa kapal kontena terbesar di dunia.

Ouse Who juga telah menyekat laluan dan perjalanan kawanan itik selama sejam. Kini Ouse Who akhirnya bergerak semula selepas dibantu oleh seorang petani yang kebetulan lalu di kawasan tersebut dengan menggunakan tali panjang untuk menarik bot berkenaan.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments