• shafika9

Bos Mengintip Pekerja Yang Bekerja Di Rumah

Seram pun ada juga kalau bos intip pekerja walaupun duduk rumah

Terdapat satu kajian yang telah dijalankan oleh sebuah syarikat perkhidmatan penyediaan resume di London, StandOut CV telah memeriksa alat pemantauan pekerja mendapati majikan boleh menggunakan alat tersebut untuk mengintip pekerja yang bekerja di rumah.


Dengan kaedah seperti bekerja di rumah ini, majikan dapat mengetahui pekerja-pekerja mereka melakukan tugasan bukan hanya berehat di atas sofa mahupun tidur semata-mata. Hasil kajian penyelidikan pemasaran YouGov pula mendapati bahawa satu dalam setiap lima syarikat sama ada yang merancang atau sudah pun menggunakan perisian pemantauan pekerja untuk melihat kadar produktiviti staf dari jauh.


Menurut dari StandOut CV, 94 peratus majikan memantau aktivit dan masa pekerja ketika bekerja menerusi laporan kendiri atau dalam bentuk pemantauan aktiviti terhadap tugas yang tengah disiapkan. 75 peratus majikan juga boleh mengambil tangkap layar daripada komputer pekerja sama ada melakukan kerja atau tidak. Akan tetapi, StandOut CV ini menimbulkan rasa kebimbangan dari segi privasi pekerja dan kepercayaan majikan terhadap pekerjanya sendiri.


Pada masa kini, memang kebanyakkan negara sudah lama bekerja di rumah kerana pandemik COVID-19 yang melanda pada ketika ini menyebabkan pekerja susah bekerja di pejabat secara biasa. Melalui cara ini saja, majikan dapat memantau tahap produktiviti pekerja dengan menggunakan perisian tersebut.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


0 views0 comments