• Jonathan Shiek

Bina 11 Bonggol Dalam Jarak Yang Dekat, Lelaki Tampil Mohon Maaf

Cuba korang bayangkan, melalui satu jalan yang berbonggol terlalu banyak mesti korang mula rasa kurang selesa kan ? Apatah lagi sebuah jalan itu dibina dengan 11 bonggol atau lebih tepat lagi setiap jarak 40 meter ada saja bonggol kena lalui.

Serius tak main-main, memang wujud 11 bonggol jarak 40 meter. Memang dekat jarak bonggol ini. Pembinaan 11 bonggol dalam satu jalan yang terdapat di kawasan kampung terletak di Besut, Terengganu apabila ia menjadi perhatian salah seorang penduduk di situ telah membuat aduan mengenai perkara tersebut.

Secara tak langsung perkara tersebut kini tular di laman media sosial sekarang. Bonggol tersebut telah dilakukan oleh seorang penduduk kampung dengan bertujuan untuk menghalang kenderaan daripada memandu terlalu laju di kawasan berkenaan. Terdapat video pendek dari pemilik akaun Ahmad Syazani (Facebook) yang berkongsikan situasi bonggol berkenaan.


Apabila kejadian tersebut menimbulkan kekecohan penduduk setempat, lelaki berkenaan tampil memohon maaf atas tindakan berkenaan. Menurut Harian Metro, lelaki yang dikenali Nor Muhammad Roslam Harun dinasihatkan oleh polis untuk membuang semua bonggol berkenaan.

Lelaki berkenaan akur dengan teguran tersebut, dan mengakui kesilapannya. Dia menjelaskan bonggol berkenaan dibina hanya sebab, dia terganggu dengan bunyi dari kenderaan bising yang melalui jalan tersebut dimana berhampiran dengan bilik tidurnya.

Kadang-kadang isu seperti ini boleh saja terjadi, mungkin lelaki berkenaan berasa tertekan dengan pencemaran bunyi dari kenderaan. 

Bagaimana pendapat korang dengan masalah bonggol banyak ini? share kan di ruangan komen dibawah ya

Sumber artikel asal dari VOCKET

Kredit foto : Harian Metro

#bonggol

0 views0 comments