• shafika9

Bill Gates Meramalkan Ada Ancaman Lebih Bahaya Selepas COVID-19

Kebiasaan ramalan Bill Gates banyak yang betul

Kredit foto: Rude Baguette


Bill Gates telah mula memberi amaran kepada dunia untuk mula bersiap sedia menghadapi ancaman baharu selepas penyakit berjangkit COVID-19 iaitu wabak penyakit dan serangan bioterorisme. Beliau beranggapan ancaman pengganas pada masa hadapan adalah satu wabak yang boleh menyebarkan penyakit.


Menurut dari Gates, pemimpin dunia mesti melabur berbilion dolar AS untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan. Gates juga meminta negara maju, seperti Amerika Syarikat dan Britain, untuk melabur lebih banyak bagi persiapan untuk menghadapi ancaman wabak seterusnya.


Gates menasihatkan pemimpin dunia perlu melibatkan diri dalam “Germ Games”, istilah yang merujuk kepada situasi di mana pengganas menggunakan senjata biologi untuk menyebabkan kerosakan di peringakat global. Sekiranya semua negara dapat melakukan hal tersebut, kita sudah pasti dapat bersedia untuk menghadapi ancaman wabak seterusnya.


Selain dari itu, Gates menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan sebuah pasukan khas pandemik yang disokong dengan dana yang besar.


Sumber artikel asal dari VOCKET


28 views0 comments