• Jonathan Shiek

Biden Ajak Pemimpin Dunia Derma Vaksin

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengajak pemimpin dunia menderma vaksin COVID-19 kepada negara kurang berkemampuan. Kata Biden, akan segera menamatkan pandemik yang melanda dunia ketika ini. 

Seruan ini dinyatakan sehari selepas AS umum akan menderma 500 juta dos vaksin dalam dua tahun. “Amerika akan membeli setengah bilion dos vaksin Pfizer untuk didermakan kepada 100 negara yang terdesak memerlukannya dalam perang menentang pandemik”.

Biden menjangkakan beberapa negara anggota G7 akan turut menyertai komitmen untuk menderma vaksin. Derma vaksin akan dibuat tanpa sebarang syarat tambahan. AS turut berharap sidang kemuncak G7 di United Kingdom akan berakhir dengan komitmen anggota terhadap program vaksin Covax.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

1 view0 comments