• Jonathan Shiek

“Betul Ke Haid, Cuba Tunjuk!” Wanita-Wanita Kongsi Pengalaman ‘Dicabul’ Keti

Rakyat Malaysia kini sedang menyambut bulan Ramadhan yang mulia, sungguhpun begitu, baru- baru ini tular bahawa terdapat beberapa amalan menjijikkan yang masih dilalui oleh ramai pelajar wanita Muslim untuk “membuktikan” bahawa mereka tidak perlu berpuasa, dalam kata lain mereka di dalam haid.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Twitter meminta Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pendapatnya mengenai sekolah-sekolah tertentu yang memaksa pelajar perempuan Muslim mereka untuk mencalit bahagian kemaluan mereka dan menunjukkan darah kepada pengawas sekolah atau guru mereka sebagai bukti bahawa mereka tidak dapat solat atau berpuasa.

Credit: Instagram Nalisa Alia Amin


Ini membuat ramai rakyat Malaysia marah dan banyak yang memutuskan untuk tampil dengan laporan dan cerita mereka sendiri mengenai gangguan ini.

Model fesyen merangkap aktivis sosial, Nalisa Alia Amin (@/nalisaaliaamin), mengemukakan masalah itu dan meminta mangsa untuk berkongsi cerita dengannya, dengan jaminan bahawa identiti mereka akan dilindungi.

Kalau korang baca cerita-cerita yang dikongsikan, rasa nak mengamuk weh! Antaranya adalah;

Credit: Instagram @nalisaliamin


“Kami disuruh kencing di lantai dan jirus keluar supaya cikgu boleh nampak ada darah ke tidak”, apa benda ni woi!

Credit: Instagram @Nalisaliamin


“10 tahun lepas,kami disuruh tanggalkan seluar dalam dan tunjukkan tuala wanita kami. Perkara itu memang mengarut dan tidak sangka ia masih berlaku di zaman sekarang!”

Terdapat banyak lagi cerita yang melibatkan perkara ini serta gangguan seksual di kalangan pelajar sekolah di laman Instagram Nalisa Alia Amin, kita perlu sebarkan agar ia tidak akan lagi berlaku!

Salah tetap salah!

2 views0 comments