• Jonathan Shiek

Besi Kren Terjatuh Dari Ketinggian 36 Meter Dan Menghempap Kereta

Baru-baru ini, kejadian struktur besi kren di tapak pembinaan laluan lebuh raya terjatuh dan telah menghempap sebuah kereta Bezza di Alam Damai, Cheras pada hari ini. Kejadian ini dipercayai berlaku pada 8 pagi tadi dan ia dilaporkan empat mangsa telah terlibat dalam kemalangan ini.

Didapati tiga pekerja pembinaan warga China disahkan meninggal dunia dalam kejadian tragis ini. Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd dalam sebuah kenyataan, memaklumkan pihaknya yang juga pemaju bagi projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang mengesahkan kejadian tersebut. 

STRUKTUR KREN LAUNCHER JATUH MENGHEMPAP KERETA Kejadian berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, KL 4 mangsa terlibat. Pemandu Bezza parah, 3 pekerja tapak binaan jatuh dari ketinggian 120 kaki 2 maut , seorang masih tersangkut dan cuba dikeluarkan- Bomba KL pic.twitter.com/rGSn1ReuDI — Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 22, 2021

Ia difahamkan lagi, “kejadian berlaku apabila salah satu komponen kren gantri terjatuh dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya. Pasukan ‘Emergency Response Team’ SUKE bersama anggota bomba menutup laluan di kedua-dua hala dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dua mangsa dikatakan terjatuh dari ketinggian 36 meter dan disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan.

Manakala, seorang lagi mangsa yang tersangkut di tapak pembinaan, dan seorang lagi mangsa dipercayai pemandu kereta parah dalam kejadian itu.

Sumber artikel asal dari MyMetro 

0 views0 comments