• Jonathan Shiek

Berlian Ungu-Merah Jambu ‘The Sakura’ Dilelong Pada Harga RM121 Juta

Sebutir berlian bernama The Sakura berjaya memecahkan rekod dunia dengan menjadi berlian ungu-merah jambu termahal pernah dilelong pada harga AS$29.3 juta (RM121.3 juta), lapor CNN.

Dinamakan sempena bunga sakura, berlian 15.81 karat itu adalah yang terbesar pernah dilelong.

Menurut firma lelongan, Christie’s, berlian yang dipasang pada sebentuk cincin platinum sederhana itu diklasifikasikan sebagai tiada kecacatan dalaman.

Ini bererti sebarang kecacatan hanya dapat dilihat menggunakan kanta pembesar secara dekat.

“Jualan ini merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah lelongan.

“Agak jarang untuk kita menemui berlian merah jambu yang diklasifikasikan sebagai tiada kecacatan dalaman, memandangkan kebiasannya berlian jenis itu mengandungi banyak kesan calar,” ujar Ketua Jabatan Barangan Kemas Christie’s, Vickie Sek.

Jualan The Sakura beraya memecahkan rekod yang dipegang sebutir lagi berlian ungu-merah jambu bernama The Spirit of the Rose yang dilelong pada harga hampir AS$27 juta (RM111.8 juta) di Geneva, Switzerland, tahun lepas.

0 views0 comments