• shafika9

Berbaloikah Menonton Drama Siri Netflix ‘The Queen’s Gambit’?

Updated: Sep 20, 2021

Tahukah korang cerita drama siri terbaru terbitan Netflix pada 23 Oktober 2020 lalu, telah mendapat sambutan daripada penonton hampir mencecah 62 juta tontonan dalam masa 28 hari saja ? Kalau dah sebanyak macam ini boleh cecah jutaan tontonan di seluruh dunia, sudah semestinya cerita ini wajib ditonton bukan ?. Kalau korang suka dunia sukan minda, atau lebih dikenali sebagai permainan catur, cerita ini korang wajib layan SEKARANG JUGA !. Korang tahu tak yang ‘ Queen’s Gambit ’ ini ada maksud disebaliknya ? ia adalah salah satu pembukaan atau pergerakan awal dalam permainan catur.

‘Spoiler Alert’ kepada siapa yang belum menonton


Mari saya kupaskan serba sedikit mengenai cerita ini. ‘The Queen’s Gambit’ ini telah diadaptasi dari novel yang ditulis oleh Walter Tavis pada tahun 1983. Dah lamakan novel ini dikeluarkan ? Kemudian, Netflix keluarkan drama siri terbaru ini yang mengisahkan seorang anak perempuan yatim piatu yang dibesarkan di rumah anak yatim sehingga 15 tahun. Cerita ini diambil semasa pertengahan era 1950-an sehingga berterusan 1960-an. Watak utama Beth Harmon dimainkan oleh Anna Taylor-Joy seorang yang terlalu ketagih dengan dunia catur dan menjadi prodigi catur sejak usia muda lagi. 


Sejak umurnya 9 tahun, Beth Harmon secara perlahan – lahan mula rasa timbul minat terhadap dunia catur sejak bermain dengan Encik Shaibel , pengurus bangunan di rumah anak yatim tersebut. Permainan catur ini kebanyakkannya dimonopoli oleh golongan lelaki sahaja dan jarang bagi golongan wanita untuk bermain permainan ini. Namun Beth Harmon dapat merasakan keseronokan permainan ini lain dari perempuan yang seusia denganya. Pada masa yang sama, ketagihan Beth Harmon terhadap permainan catur ini juga mengakibatkannya bergelut dengan ketagihan dadah dan arak yang berlebihan.


Berjayakah Beth mengatasi ketagihannya dengan dadah dan kecapi impiannya sebagai seorang pemain catur yang terhebat di dunia ? Sekiranya korang ingin tahu lebih tentang cerita ini, bolehlah tonton di Netflix. Jangan risau, cerita ini hanya ada 7 episod keseluruhan, pendek je kan ? Saya yakin korang juga akan berasa mudah untuk mengikuti cerita ini.

Ini trailer bagi drama “The Queen’s Gambit “, Selamat Menonton !




#AnnaTaylorJoy #netflix #TheQueensGambit

0 views0 comments