• Jonathan Shiek

Benarkah Lelaki Yang Pandai Masak Ini ‘Lembut’?

Bidang masakan kini semakin dimonopoli oleh kaum Adam. Kerajinan dalam memasak itu sesungguhnya bukan menunjukkan si lelaki lebih cenderung ke arah feminisme sebaliknya menunjukkan komitmen mereka sebagai lelaki yang bertanggungjawab.

Lelaki yang pandai memasak dan rajin ke dapur ini mempunyai daya penarik serta kelebihan tersendiri berbanding lelaki lain. Ia menampakkan dirinya sebagai seorang yang romantis dan berjiwa lembut namun bukanlah bersikap ‘lembut’. Suami yang rajin masuk ke dapur juga sebenarnya boleh membuatkan isteri rasa istimewa dan besar hati. Hubungan kekeluargaan juga lebih erat apabila anak-anak berpeluang merasai masakan air tangan ayahnya sendiri.

Untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat, kami telah menemu ramah ‘Daddy is The Chef’ atau nama sebenarnya Azlan Hassan yang berumur 47 tahun dan bapa kepada dua anak perempuan. Beliau kini mengendalikan hal-hal rumah tangga sepenuh masa terutamanya di dapur demi meluangkan masa bersama keluarga yang tercinta.

Permulaan ‘Daddy is the Chef’

Kerjaya awal beliau adalah sebagai seorang jurutera. Sepanjang berkecimpung di dalam kerjayanya, beliau merasakan kehidupannya banyak dihabiskan di pejabat untuk menyiapkan projek-projek tanpa sedar masa bersama keluarga semakin berkurang. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia kejuruteraan dan cuba mengembangkan bakat memasaknya di rumah yang terpendam selama lima tahun.

Namun begitu, jejaka yang dikenali sebagai ‘Daddy is The Chef’ ini tidak membiarkan isterinya keseorangan mencari nafkah. Beliau masih menjadi konsultan kejuruteraan kepada syarikat yang memerlukan khidmatnya.

Malah menurut Daddy is the Chef, “Saya akan menjadi driver untuk menghantar dan mengambil isteri supaya kami dapat meluangkan masa bersama di dalam kereta sambil berkongsi cerita tentang hal yang berlaku pada hari tersebut…”

“Kadang-kadang kami saja mengambil keputusan untuk bermalam di hotel berdekatan dengan tempat tugasan atau mesyuarat yang di adakan di luar pejabat supaya kami dapat beristirehat dan meluangkan masa bersama-sama walaupun isteri sibuk bekerja dan menikmati pemandangan indah di kota raya,” sambungnya sambil berseloroh.

Makanan adalah senjata terbaik untuk mengeratkan lagi kasih sayang sesama keluarga

Chef yang berketerampilan dan penuh bakat ini berpendapat bahawa makanan adalah salah satu senjata terbaik untuk memenangi hati keluarganya. Setiap kali mendapat pujian dari isteri dan anaknya ia sebagai satu pengiktirafan yang tak ternilai untuk beliau.

Pada awalnya mereka hanya berkongsi resepi makanan barat. Anaknya juga gemar memberi idea kepada beliau untuk mencuba resipi-resipi baru. Mereka akan ke kafe atau menonton siaran Youtube bersama-sama untuk melihat dan mengulas pelbagai resipi masakan.

Masak sebagai satu jalan untuk menjaga kesihatan

Beliau dan isterinya sangat menitik beratkan tentang kesihatan keluarga. Ia seperti satu bonus kepada pasangan ini kerana mereka berdua saling berganding bahu untuk memberi yang terbaik kepada keluarga. Walaupun beliau digelar suri rumah sepenuh masa, tetapi isterinya tetap menyediakan masakan untuk suaminya.

Kebiasaannya, mereka akan merancang masakan pada sebelah petang dan pada waktu pagi beliau akan membeli bahan-bahan tersebut di pasar segar. Hendak dijadikan cerita, ketika sedang membeli barang asas keperluan harian, beliau terjumpa cuka yang disaluti madu sehingga anak-anak dan seisi keluarganya suka dengan rasa cuka tersebut. Menurut beliau cuka yang disaluti madu ini sangat unik kerana terdapat khasiat madu di dalam cuka tersebut.

Cuka jenama Surya ini datang dengan tiga jenis iaitu Cuka Epal dan Madu, Cuka Delima dan Madu serta Cuka Kurma dan Madu. Melihat keluarganya yang sangat meminati dengan cuka ini, ‘Daddy is The Chef’ mula mencuba untuk menjadikan ia sebagai satu resipi utama dan berkongsi di media sosial.

Cuka Surya sebagai resipi rahsia ‘ Daddy is The Chef’

Pihak Cuka Surya sedar akan hal ini, lalu menghubungi ‘Daddy is The Chef’ untuk berkongsi 10 resepi makanan yang boleh dibuat melalui tiga jenis cuka ini. Pada mulanya beliau agak terkejut dengan tawaran oleh pihak Surya. Beliau tidak menyangka bahawa dengan cuka sahaja, kita dapat memasak pelbagai jenis makanan. Beliau masih terkejut tetapi lebih berasa teruja kerana dapat berkongsi resipi dengan orang ramai sekaligus mereka juga dapat memanfaatkan cuka tersebut.

Berikut ialah diatara menu yang dikongsi oleh ‘Daddy is The Chef’ kepada Surya Malaysia.


RESIPI BEEF STEAK WITH APPLE CIDER GLAZING Bahan-bahannya: 200g-250g daging sirloin atau striploin – bersihkan dan lumur dengan garam, lada hitam dan dried rosemary 1 tbsp mentega 2 tbsp bawang merah – dicincang 1/4 cawan Surya Apple Cider Vinegar 2 tbsp gula perang 1/4 cawan stok daging

Cara penyediaan: 1. Dengan api yang kecil, cairkan mentega di dalam pan. 2. Masukkan bawang merah dan goreng hingga garing. 3. Masukkan Surya apple cider vinegar, stok daging dan gula perang. 4. Kacau rata hingga gula hancur dan biarkan selama 10 minit. 5. Panaskan pan grill dan masukkan daging. Grill selama 5-7 minit 6. Balikkan daging dan grill lagi selama 3-4 minit. 7. Angkat daging dan masukkan ke dalam pinggan. 8. Tutup api pan yang mengandungi sos tadi. 9. Tuangkan sos ke atas daging.


RESIPI FIRECRACKER SALMON Bahan-bahannya: 2 ketul salmon fillet – bersihkan dan lumurkan dengan garam dan lada hitam 2 ulas bawang putih 4 tbsp gula perang 2 tbsp sos tabasco 1 tbsp Surya Pomegranate Cider Vinegar 1 tsp garam 1/2 tsp chilli flakes 2 tbsp minyak zaitun 1 batang daun bawang – hiris serong 2 tbsp air

Cara penyediaan: 1. Masukkan Surya pomegranate cider vinegar, sos tabasco, gula perang, bawang putih, chili flake dan garam ke dalam pan. 2. Buka api kecil dan kacau sebati bahan-bahan tadi. 3. Biarkan selama 10 minit. 4. Sambil sos sedang masak, panaskan minyak zaitun dalam grill pan. 5. Masukkan salmon dan grill selama 4-5 minit. 6. Balikkan salmon dan grill lagi selama 2 minit. 7. Kalau sos tadi terlalu pekat, masukkan 1-2 sudu besar air dan kacau sebati. 8. Kemudian tuangkan sos tadi ke atas salmon. Ratakan sos pada salmon dan biarkan selama 2 minit. 9. Masukkan salmon ke dalam pinggan. Tuangkan lebihan sos dalam grill pan ke atas salmon. 10. Taburkan daun bawang dan siap untuk dihidangkan.

Menarik bukan?

Nasihat ‘Daddy is The Chef’ kepada golongan lelaki yang kurang gemar memasak?

“Memasak adalah satu kepuasan apabila kita dapat membantu golongan wanita terutamanya emak, kakak atau isteri di dapur. Kaum lelaki juga seharusnya tidak memandang ini sebagai satu beban malah ia adalah kemahiran bertahan kendiri. Cuba bayangkan sekiranya kita di suatu tempat, di mana tiada orang yang boleh masakkan untuk kita? Dengan keadaan sekarang, kos bahan mentah yang semakin mahal, jadi untuk lebih berjimat, kita perlu memasak dan mendapat satu bonus iaitu mampu memikat hati wanita diluar sana,” guraunya.

Akhir kata, beliau percaya kebanyakan lelaki sekarang, sudah ada kesedaran untuk memasak, kalau bukan untuk pasangan tetapi untuk diri sendiri. Kepada suami yang kurang romantik, memasak ialah salah satu cara untuk merapatkan lagi hubungan kasih sayang antara suami isteri dan keluarga.

Kalau anda semua nak tahu lebih lanjut mengenai produk rangkaian cuka buahan daripada Surya, boleh layari Surya Shopee atau kunjungi Watsons Store yang berhampiran dengan anda!

Artikel dan resepi kredit kepada daddyisthechef dan Syazana Zahidah from Surya

Jangan Lupa Follow Surya Telegram untuk maklumat dan promosi selanjutnya.

1 view0 comments