• Jonathan Shiek

Ben Amir terpilih sebagai Duta Jenama PUMA, Eksklusif di Al-Ikhsan

PUMA Malaysia mengumumkan artis TV tempatan, Ben Amir sebagai wajah baharu bagi jenama terbarunya dengan Al-Ikhsan Sports.

PUMA Malaysia, AL-Ikhsan Sports dan juga Ben Amir bersama-sama membuat pengumuman pada sidang media di mana MOU juga diadakan.

Melalui kolaborasi itu, PUMA menampilkan lebih banyak koleksi yang berpatutan secara eksklusif di semua cawangan AL-Ikhsan di seluruh negara. Koleksi pertama menampilkan Ben Amir dalam koleksi pakaian bertemakan ’Fresh Looks Everyday’.

“Memilih Ben Amir sebagai duta bagi kolaborasi kami dengan Al-Ikhsan Sports adalah keputusan semula jadi kerana dia sangat menitikberatkan fesyen dan mementingkan nilai kecergasan. Justeru, Ben Amir adalah pilihan yang sangat sesuai bagi tujuan untuk menjadikan gaya, keselesaan dan sukan dapat diakses lebih luas oleh penonton melalui jenama PUMA, ” kata Steven Tan, Country Manager untuk PUMA Malaysia.




Ben Amir ini terkenal melalui kejayaan berturut-turut dalam industri hiburan. Baru-baru ini Ben Amir memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan terus membuktikan kejayaanya sebagai ‘Pelakon TV Paling Popular’ negara pada tahun 2020. Ben Amir turut membuktikan minatnya terhadap fesyen dengan dicalonkan bagi anugerah “Stylo Sangat”.

Ketika ditanya mengenai kolaborasi ini, pelakon Sang Pewaris mengatakan,

“Apabila berkaitan dengan fesyen, saya selalu berusaha untuk mengikut trend dan mencuba penampilan yang saya rasakan menarik. Selain  fanatik kecergasan, saya juga ingin menyampaikan minat saya terhadap sukan dan fesyen kepada peminat saya.”

“Saya selalu menjadi penggemar kepada PUMA dalam industri sukan dan fesyen global. Saya amat berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan dua jenama yang sentiasa berusaha untuk memberi inspirasi kepada para belia melalui sukan dan fesyen,” tambah Ben.

Kerjasama PUMA dengan Al-Ikhsan akan menampilkan pelbagai produk yang berpatutan dan bergaya dengan harga antara RM39 hingga RM299. Sekiranya anda peminat PUMA, Ben Amir atau kedua-duanya, nantikan kempen menarik ini di cawangan Al-Ikhsan Sports dan website al-ikhsan.com .

1 view0 comments