• Syaziyah Md Sharif

Belum Habis Dengan Omicron, Kini Muncul Varian Baru

IHU merupakan varian COVID-19 terbaru yang dikesan di Perancis

Seluruh dunia kini sedang bergelut melawan varian Omicron dan saintis di Perancis pula kini telah mengenal pasti varian baharu COVID-19 yang dikatakan mempunyai 46 mutasi.


Menurut portal Independent UK, varian baharu itu dinamakan IHU, iaitu B.1.640.2 dan setakat ini, varian tersebut telah menjangkiti 12 orang di tenggara Perancis.


Kes pertama dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai sejarah perjalanan ke Cameroon, Afrika Barat, kata penyelidik dalam kertas yang diterbitkan di medRxiv.

Bagaimanapun, pakar segera mengumumkan hanya kerana varian baharu ditemukan, itu tidak bermakna IHU akan terbukti menular seperti strain lain, termasuk Omicron.


Menurut laporan yang sama, orang yang dikenal pasti dengan varian IHU sudah divaksin sepenuhnya dan individu terbabit diuji positif untuk COVID-19 selepas pulang dari perjalanan tiga hari di Cameroon.


Ahli epidemiologi dan rakan di Persekutuan Saintis Amerika, Eric Feigl-Ding berkata, varian baharu itu sedang dipantau untuk menilai sejauh mana ia boleh berjangkit atau berbahaya.


"Terdapat banyak varian baharu ditemui sepanjang masa, tetapi ia tidak semestinya menjadi lebih berbahaya.


"Apa yang menjadikan varian lebih terkenal dan berbahaya ialah keupayaannya untuk membiak kerana bilangan mutasi yang dimilikinya berhubung dengan virus asal," katanya.





Sumber: Independent UK

9 views0 comments