• Jonathan Shiek

Belon Udara Panas Terhempas Menyebabkan Lima Maut

Kejadian yang berlaku di Albuquerque, New Mexico dimana lima individu dilaporkan maut dalam insiden belon udara panas terlanggar kabel elektrik lalu terhempas di kaki lima jalan berkenaan.

Menurut dari pihak berkuasa, kejadian yang berlaku dalam 7 pagi pada waktu tempatan di bahagian barat di bandar tersebut. Identiti mangsa linkungan usia 59 ke 62 tahun dikenal pasti. Mangsa terdiri daripada jurupandu belon panas dan termasuk empat penumpang yang lain.

Saksi memberitahu pihak berkuasa bahawa belon itu turun ke tanah sekitar jam 7.30 pagi pada Sabtu. Gondola terlepas dari belon panas itu dan jatuh sekitar 100 kaki terhempas di tengah jalan kota yang sibuk sebelum terbakar. Belon itu mula melayang dan mendarat di atas bumbung rumah.  

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments