• Jonathan Shiek

Beli Logo ‘Kebal’ Untuk Harga Rm3,500 Sekeping

KUALA LUMPUR – Pelbagai taktik digunakan oleh kumpulan gengster semata-mata ingin menjadi ‘kebal’ termasuk menggunakan logo kereta palsu milik Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Logo berkenaan yang hanya dikhaskan kepada mereka yang berjasa kepada persatuan itu turut menjadi buruan sindiket yang mahu mengaut keuntungan de­ngan menjual logo di media sosial seperti Facebook.

Presiden PBPM, Datuk Hussin Awang Ngah berkata, banyak pihak sanggup berhabis duit untuk mendapatkan logo ber­kenaan yang kononnya boleh menjadikan pemiliknya ‘kebal’ daripada pelbagai tindakan oleh pihak berkuasa.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perkara itu dikesan sejak beberapa tahun lalu dan pihaknya menerima 800 aduan pelbagai kes membabitkan penarik kereta, isu tuntutan insurans, saman serta kehilangan kenderaan selepas diserahkan kepada Ejen Pemilikan Sementara (EPS) untuk dihantar ke bank.

“Kita dapati, sindiket ini juga menjalankan perniagaan kereta piang dengan menjual kereta yang ditarik kepada orang awam. Mana-mana pemilik kenderaan yang mempunyai pelekat tertentu ini akan mendapat perlindungan dengan kereta yang digunakan tidak akan ditarik.

“Mereka juga mengutip yuran bulanan daripada pemilik asal kereta. Pelekat itu juga diguna pakai untuk menjalankan perniagaan cagar dan gadai kenderaan yang masih menjadi milik bank dengan kadar faedah 20 peratus.“Dengan menggunakan pelekat kebal ini, bayaran ansuran sebuah kenderaan mewah berharga RM2,500 tidak perlu dibayar, sebaliknya hanya perlu bayar RM500 kepada pemilik pelekat. Ini sudah tentu merugikan bank,” katanya pada sidang media

1 view0 comments