• Jonathan Shiek

‘Beku’ Taruhan Terbaru Elizabeth Tan Dan Hazama

Dua penyanyi yang tidak asing lagi dengan industri muzik tempatan, Elizabeth Tan yang mesra disapa Lizzy dan Hazama telah bergabung dalam satu lagu baru bertajuk ‘Beku’.

Lagu ini merupakan hasil John Jeevasingham, Firdaus Rahmat dan Omar K. Liriknya pula ditulis oleh Firdaus Rahmat.

Penceritaan lagu ini mengenengahkan memori cinta lama yang terus memberi kesan kepada pasangan yang gagal dalam percintaan.

Senang kata lagu ini memberi perasaan ‘jaga jodoh orang’.

Lagu ini melihatkan kombinasi pertama diantara dua penyanyi terkenal ini.

Jom layan lagu ini, best beb…


#beku #elizabethtan #hazama

0 views0 comments