• Jonathan Shiek

Bekerja Empat Hari Dalam Seminggu, Lebih Produktif ?

Terdapat sekumpulan penyelidikan dari negara Iceland telah melakukan satu kajian untuk percubaan empat hari bekerja dalam seminggu dengan tempoh masa bekerja yang lebih pendek di negara berkenaan.

Percubaan tersebut di Iceland yang dilaksanakan antara tahun 2015 hingga 2019 dan disusuli ujikaji serupa oleh Microsoft di Jepun pada 2019, menyaksikan produktiviti pekerja meningkat hampir 40 peratus. Negara Iceland pekerja-pekerja terbabit dibayar gaji sama untuk waktu bekerja lebih pendek dari 40 jam seminggu kepada 35 atau 36 jam dalam seminggu. 

Susulan dengan percubaan tersebut, penyelidik berpendapat pekerja lebih produktiviti di tempat kerja dan ada juga yang tidak berubah. Percubaan empat hari bekerja telah dilakukan oleh Majlis Bandar Raya Revkjavik dengan kerjasama kerajaan Iceland melibatkan lebih 2,500 pekerja atau 1 peratus tenaga kerja negara itu.

Persatuan Kelestarian Demokrasi (Alda) di Iceland menyatakan bahawa 86 peratus tenaga kerja negara itu telah mengorak langkah untuk melaksanakan waktu bekerja lebih pendek dengan tiada pengurangan gaji. 

Sumber artikel asal dari Kosmo!

1 view0 comments