• Jonathan Shiek

Bekas Suami Zarina Anjoulie Ditahan, Didakwa Buat Ugutan

Bekas suami pelakon Zarina Anjoulie ditahan bagi membantu siasatan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, Eliyas Azhar yang berusia dalam lingkungan memberi keterangan di IPD Nilai pada pukul 4 petang semalam.

Ia susulan laporan polis dibuat Zarina Anjoulie pada Sabtu lalu yang didakwa menerima ugutan daripada lelaki tersebut.

“Pelakon itu (Zarina Anjoulie) mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial.

“Bekas suaminya yang datang ke IPD Nilai ditahan, namun telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Zarina Anjoulie atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 34, berkongsi gambar IPD Nilai pada Sabtu lalu dan menerusi InstaStory memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung tindakan bekas suaminya.

Menurut Mohd. Fazley, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zarina Anjoulie turut memuat naik beberapa bukti tangkap layar mesej perbualan di Instagram yang mana dia bertanya sama ada perlu membayar Eilyas jika ingin diceraikan.

Lelaki itu dikatakan meletakkan bayaran berjumlah RM10,000.

0 views0 comments