• Jonathan Shiek

Bekas Penyelamat Pantai Diserang Sotong Kurita Garang!

Seorang bekas penyelamat pantai diserang seekor sotong kurita dengan melilit lehernya semasa bercuti dengan keluarga di Australia.

Lance Karlson, 34, sedang bermain bersama anaknya berusia dua tahun di pantai Geographe Bay, Dunsborough apabila dia terlihat sotong tersebut cuba menyerang seekor burung camar.

Karlson menyifatkan haiwan itu sebagai ‘sotong kurita paling garang di Geographe Bay’.

Menerusi laman Instagramnya, Lance berkongsi video haiwan yang sangat ‘garang’ itu;


View this post on Instagram

A post shared by Lance Karlson • Author (@lancekarlson)


“Pada mulanya saya ingat ia seekor ikan pari. Tetapi saya terlihat sesungut kurita apabila ia cuba menyerang burung camar itu,” Karlson berkata kepada portal berita Daily Mail Australia.

Semasa Karlson pergi mandi di dalam laut 20 minit kemudian, dia terlihat sotong kurita tersebut sebelum diserang haiwan itu di bahagian leher.

“Saya sedang meneliti beberapa cengkerang di dasar laut apabila diserang sotong kurita itu di bahagian tangan sebelum ia menyerang leher saya.

“Saya bergegas keluar daripada air dan apabila tiba di pantai, saya terlihat kesan sesungut kurita di bahagian leher saya,” katanya.

Seram juga ya!

2 views0 comments