• Jonathan Shiek

Bekas Kekasih Sajat, Coach Yin Kini Bergelar Suami

Coach Yin yang sebelum ini merupakan bekas kekasih kepada usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya dalam sebuah majlis ringkas yang diadakan di Kota Bahru, semalam.


View this post on Instagram

A post shared by Coachyin (@coach_yin)


Jurulatih kesihatan itu memuat naik beberapa keping foto dia dan isteri sedang diraikan sebagai pengantin baru oleh keluarga dan kenalan rapat.

Tampil sama cantik sama padan, Coach Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrin B Mohd Adanan sedondon bersama isterinya yang dikenali sebagai Yeen Azmin memakai busana putih.

Sebelum ini, Coach Yin menjalinkan hubungan dengan Sajat pada tahun 2018 dan menimbulkan perlbagai kontroversi.

0 views0 comments