• Jonathan Shiek

Bekas Bintang K-Pop , G.O (MBLAQ) Dedahkan ‘Muslihat’ Agensi Hiburan Korea

Perkara tipu helah dalam industri hiburan di Korea bukanlah perkara yang baru, malah ia juga terjadi pada industri hiburan dunia luar yang sering menjadi isu dikalangan para artis.

Ada diantara agensi yang hanya inginkan kepentingan sesetengah artis demi mengaut keuntungan dan populariti dari artis berkenaan. Perkara ini telah didedahkan oleh bekas ahli kumpulan MBLAQ iaitu G.O sewaktu mengacara rancangan beliau di Afreeca TV.

Menurut dari laporan Koreaboo, perkongsian ini berdasarkan dari pengalamannya sendiri di mana beliau menjelaskan mengenai situasi yang dia sering hadapi sebagai artis Korea.  Kebiasaanya, artis baru yang baru saja mula menceburi dalam dunia industri hiburan akan mudah tertipu kerana kebanyakan agensi tak memberitahu jumlah sebenar yang patut mereka terima. Tapi pada artis lama yang mungkin dah terkenal, mereka tak mudah terkena tipu helah sesetengah agensi.

G.O menjelaskan lagi menceburi industri hiburan sangat tak stabil. Ini kerana hasil pendapatan akan dibahagikan secara sama rata kepada bilangan ahli kumpulan dan ada diantara mereka cuma dapat kira-kira USD 300 bersamaan RM 1215 sahaja dalam sebulan.


Sumber: VOCKET

“Sekiranya sesebuah kumpulan itu berjaya menghasilkan USD 20,000 (RM 80,940) untuk setahun dan dibahagikan sama rata kepada ahli kumpulan, seorang akan memperoleh USD 3,000 (RM 12,141) hingga USD 4,000 (RM 16,187) bagi setahun”.

Menurut G.O lagi, artis baharu memang mudah tertipu dengan agensi hiburan yang hanya ingin mengaut keuntungan dari mereka. Perkongsiannya merupakan kisah benar dan betul-betul terjadi kepada dirinya semasa bekerja. 

Dipercayai juga agensi hiburan yang beliau pernah berkecimpung sebelum ini dikatakan telah ditutup atas isu masalah kewangan.

Menurut sumber, walaupun video memaparkan G.O menjelaskan perkara tersebut telah  dipadamkan oleh pihak yang bertanggungjawab atas sebab- sebab yang tertentu.

Bagaimana pendapat korang tentang agensi industri hiburan di Korea? adakah agak jahat mereka berbuat sedemikian hanya kepentingan sendiri, tanpa menjaga hak artis mereka? berikan pandangan dan pendapat korang di ruangan komen bawah.

Sumber artikel dari VOCKET

#do

0 views0 comments