• Jonathan Shiek

Bekalan Vaksin Pfizer Bakal Tiba Julai Ini

Bekalan Pfizer-BioNtech yang bakal menampung sehingga dua juta dos seminggu. Ia dijadualkan tiba di Malaysia pada Julai depan bagi membantu mempercepatkan usaha vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Penyelaras program imunisasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata sebanyak 559,000 dos AstraZeneca menerusi perolehan pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX pula dijangka tiba pada hari ini untuk diagihkan kepada penerima berdasarkan konsep sukarela.

Beliau turut berkata, jumlah dos sama vaksin akan dijadualkan tiba di Malaysia dalam tempoh beberapa hari akan datang, disusuli 600,000 dos lagi pada bulan depan. Adakah korang sudah mendaftar vaksin AstraZeneca ? sekiranya masih belum, boleh lah mula mendaftar dengan klik disini. 

Sumber artikel asal dari Berita Harian

1 view0 comments