• Jonathan Shiek

Bayi Terselamat Di Bawah Runtuhan Bangunan Dari Serangan Zionis

Pertempuran di antara kedua negara yang masing tegang sehingga kini di mana serangan udara tentera Zionis menyebabkan runtuhan bangunan tiga tingkat di kem pelarian shati yang runtuh akibat serangan pada hari lebaran lalu.

Mohammed Al-Hadidi yang kehilangan isteri dan empat anak lelakinya yang terbunuh akibat serangan udara tersebut manakala Omar berusia lima bulan terselamat selepas tertimbus di bawah runtuhan bangunan itu.

Mohammed al-Hadidi memberitahu, apabila beliau mendengar berita berkenaan anak lelaki bongsunya terselamat dalam runtuhan tersebut, terus berasa gembira bahawa anaknya masih dalam keadaan selamat. Kini anak lelaki bongsunya ditempatkan di Hospital al-Shifa di mana dia sedang terima rawatan akibat alami kecederaan dalam serangan udara itu.

“Saya berasa sangat bersyukur anak saya Omar masih hidup,” katanya. Sejak minggu lalu, angka korban terus meningkat kepada 212 termasuk 61 kanak-kanak dan 35 wanita. 

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments