• Jonathan Shiek

Bayi Lelaki Mempunyai Tiga Zakar Di Iraq

Pernahkah korang mendengar kisah seorang bayi yang dilahirkan punyai tiga zakar ? mesti korang tak pernah dengar akan perkara ini bukan ? Untuk pengetahuan korang, ini merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah perubatan di dunia. 

Kejadian ini yang berlaku di bandar Dohuk, utara Iraq di mana Bayi berkenaan yang dilahirkan tiga bulan lalu. Menurut para doktor, ibu bapanya melihat keganjilan alat sulit pada bayi dengan skrotum yang bengkak sebelum merujuk ke hospital.

Menurut Dr Shakir Saleem Jabali, “sepanjang pengetahuan saya, ini merupakan kes pertama yang dilaporkan dengan tiga zakar atau triphallia”. Tambahnya, tiada lagi kes seperti ini berlaku dalam sejarah perubatan manusia sebelum ini.

Katanya, ia dapat dikesan satu zakarnya berfungsi namun dua yang lain perlu dibuang. “Hanya satu daripada tiga anggota yang berfungsi dengan uretra, saluran yang mengalirkan air kencing dan air mani”. Keadaan tersebut tak berbahaya tetapi sebaliknya ia menyebabkan komplikasi kesihatan.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments