• shafika9

Bayangan Untuk Rentas Negeri Semakin Menghampiri

Yang pastinya ramai dah tidak sabar nak merentas negeri

Kredit foto: Kosmo


Bayangan untuk merentas negeri dah semakin hampir. Tapi adakah benar dapat merentas negeri sekiranya sudah mencapai 90 peratus kadar vaksinasi? Menurut dari Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah pun memberi bayangan bahawa kebenaran untuk merentas negeri semakin menghampiri dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.


“Kebenaran merentas negeri tinggal beberapa hari sahaja lagi,” jelasnya ketika sidang akhbar khas. Selain itu, Khairy berkata, cadangan pemeriksaan kepada golongan yang belum divaksin di setiap sekatan jalan raya (SJR) ketika kebenaran merentas negeri diberi tidak akan berlaku.


“Kita tidak akan lakukan pemeriksaan di setiap SJR, orang akan marah kerana berlaku kesesakan lalu lintas. Apa yang kami boleh lakukan dengan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada akan dikekalkan antaranya golongan tidak dibenarkan dine-in di kedai makan. SOP sedia ada akan terus dijalankan setelah kebenaran rentas negeri dibenarkan,” katanya.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


6 views0 comments