• Syaziyah Md Sharif

Baru Berusia Seminggu, Puteri Sulung Ayda Jebat Sudah Memiliki Lebih 60K 'Followers' Di Instagram

Tahniah Ayda Jebat dan Nabil Mahir, cantik betul Ana Nayla ya!

Kredit Foto: Instagram @Aydajebat @Ananaylaofficial

Pelakon dan pengacara terkenal Ayda Jebat dan Nabil Mahir menimang cahaya mata pertama selepas mendirikan rumah tangga awal tahun ini.


Walaupun usianya baru seminggu, sebuah laman Instagram telah dibuat yang dikhaskan untuk Ana dan setakat hari ini, laman Instagram tersebut telah mencapai lebih 60K followers. Di situ juga, kelihatan hantaran pertamanya dengan kapsyen; "Assalamualaikum uncle aunty. Ana Nayla sayang semua. Doakan Ana Nayla selalu ya! 😍"


Pasangan itu memuat naik gambar puteri sulung mereka yang diberi nama Ana Nayla dalam media sosial Instagram dan ramai netizen tertanya-tanya warna sebenar anak matanya yang kelihatan agak kebiruan.


“Ya Allah, subhanallah mata dia."


“Mata dia kelabu atau biru? Macam biru, hijau pun ada. Hijau turquoise kot,” tulis beberapa orang netizen dalam ruangan komen.


Semalam juga turut menyaksikan buat kali pertama, Nabil dan Ayda mengumumkan nama dan wajah anak sulung mereka dalam Instagram.


Untuk rekod, Ayda selamat melahirkan anak sulungnya itu secara pembedahan pada 21 September lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

10 views0 comments