• Jonathan Shiek

Baru Beberapa Bulan Beroperasi, Kedai Makan Ernie Zakri Dan Syamel Terpaksa Dijual

Kedai makan milik pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel, Se-Table yang terletak di Platinum Walk, Setapak yang baru sahaja dibuka pada Disember tahun lalu dimaklumkan telah pun dijual.

Menurut Ernie, keputusan untuk menjual kedai makan tersebut bukan kerana terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi ada masalah dengan rakan kongsi.

Menerusi portal MStar, mereka memberitahu kesai makan itu terpaksa dijual kerana terdapat sedikit kekangan dalam bekerja dengan beberapa orang rakan kongsi yang turut memiliki kafe tersebut.

Tambah mereka lagi, kafe itu dijual bukan kerana kewangan atau PKP malah kafe itu terus beroperasi dalam masa PKP ini.

“Dari segi kerjaya semua terpaksa dihentikan sementara tunggu lockdown ni. Kalau nak kata survive tu, Alhamdulillah walaupun duduk di rumah, kami masih buat program-program bekerja dari rumah.

“Sekarang ni kami usahakan keropok lekor crispy frozen dan permintan pelanggan pun semakin banyak, walaupun tak boleh keluar rumah ini la yang kami jalankan,” katanya.

Sumber; MStar

1 view0 comments