• Syaziyah Md Sharif

Bapa Meratap Pemergian Tiga Anak Lelaki

Updated: Sep 24, 2021

Semalam, kemalangan ngeri yang melibatkan empat beranak di Ipoh menyebabkan bapa kepada mangsa-mangsa itu terpaksa ditenangkan sejurus mendapat berita tragis itu.

Muhammad Alhafiz Mohamad, 29, juga sempat menitipkan permohonan maaf kepada seluruh ahli keluarga dan mengakui kesemua tiga anaknya sudah tiada.

Ibu kepada mangsa-mangsa kemalangan tersebut yang cedera parah kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Menurut Muhammad Alhafiz, ketiga-tiga jenazah anaknya dibawa pulang ke Melaka dan disemadikan di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam.

“Kali terakhir saya jumpa tiga anak dan isteri ialah ketika mereka pulang bercuti di Melaka.

“Nur Aimi serta tiga anak lelaki saya tinggal di Pulau Pinang atas faktor kerja dan mereka telah mengambil cuti untuk berjumpa dengan saya baru-baru ini,” katanya.

Menurut abang kepada Nur Aimi, Muhd. Jazli Aiman, 31, berkata, adiknya kini berada dalam keadaan stabil, namun masih ditempatkan di unit rawatan rapi.

“Saya belum berkesempatan melihat Aimi, namun berdasarkan maklumat oleh doktor, kea daannya stabil dan telah dipindahkan ke ICU pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ketiga-tiga jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka kira-kira pukul 11 malam tadi.

Salam takziah buat keluarga ini.

0 views0 comments