• shafika9

Bapa Menikam Bayi Perempuan Dikenakan 10 Tahun Penjara

Updated: Sep 24, 2021

Mahkamah Seksyen menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang pekerja kedai aksesori kereta selepas tertuduh bersalah kerana menikam perut bayi perempuannya yang masih berusia 20 bulan. 

Muhammad Safwan Shafie, 27 tahun mengaku cuba membunuh bayinya dengan menikam perut mangsa di sebuah flat di Puchong Permai pada 12 Disember lalu. Hakim Mokhzani Mokhtar selepas menjatuhkan hukuman dengan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan hari sama dengan kejadian. Dia akan dihantar ke Penjara Bentong, Pahang 

Pertuduhan dikemukakan Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Sumber artikel asal Utusan Malaysia

#bapa #bayiperempuan #bunuh

0 views0 comments