• Jonathan Shiek

Bapa Buat Kontrak Perjanjian Dengan Anak Supaya Tak Gemuk

Seorang bapa dari London, terlalu obses dengan kesihatan dan diet memaksa anak perempuannya untuk menandatangani kontrak perjanjian supaya tidak akan menjadi gemuk.

Rachid Khadla,56, dari Berkshire yang kini berdepan tuduhan dera terhadap ketiga-tiga anaknya didakwa memaksa anak perempuannya, Amira, 23, untuk menandatangani kontrak bertulis tentang janjinya.

Kontrak berbunyi ‘Saya, Amira Khadla, berjanji tidak akan membiarkan diri saya menjadi gemuk. Saya akan melakukan banyak senaman untuk memastikan saya tidak akan menjadi gemuk sampai bila-bila,” dikatakatan dibuat awal tahun ini.

Menurut Amira, bapanya turut mengawal dan menentukan pakaiannya, rakan-rakannya dan juga rancangan apa yang boleh ditonton di televisyen, lapor akhbar Daily Mail.

Khadla juga sering memukul anaknya itu dengan menggunakan sudu, mencubit lengan malah membaling kerusi ke arah gadis itu sehingga meninggalkan benjolan di belakang telinganya.

Selain Amira, Khadla juga dituduh memukul dada anak bongsunya, Hicham, 18, dan pernah mencekik leher pemuda itu selama lima hingga 10 saat kerana lembab dalam melakukan kerja rumah.

Anak sulung Khadla, Karim yang memutuskan hubungan dengan keluarga itu selepas tidak tahan didera memberitahu, bapanya pernah memukul kepala dengan sangat kuat sehingga dia tersembam ke lantai semasa berusia 15 tahun.

Berat badan Amira sentiasa menjadi isu besar buat Khadla dan sering menimbang berat ketiga-riga anaknya bagi memastikan berat badan mereka tidak bertambah.

Isteri Khadla, Sarah, 27 yang menyokong siasatan polis memberitahu suaminya itu panas baran dan sering marah tanpa sebab terhadap ketiga-tiga anaknya itu.

Sumber: Daily Mail UK

1 view0 comments