• Syaziyah Md Sharif

BAM Beri 'Restu' Kepada Lee Zii Jia Untuk Menjadi Pemain Profesional

Kemelut diantara persatuan dan pemain badminton nombor satu itu semakin tamat

Kredit Foto: Instagram Lee Zii Jia

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria membenarkan pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia yang berhasrat untuk menjadi pemain profesional.


“Disahkan,” kata Mohamad Norza dalam maklum balas ringkas kepada Bernama apabila beliau diminta menjelaskan kenyataan Lee Zii Jia dalam catatan Facebooknya hari ini.


Ini berlaku selepas Zii Jia menulis bahawa dia mendapat restu daripada Mohamad Norza untuk menjadi pemain profesional berikutan pertemuan peribadi dengan Mohamad Norza bersama ibu bapanya.


“Saya gembira kerana kami kini telah menyelesaikan isu ini dengan BAM selepas mendapat restu Tan Sri untuk menjadi pemain profesiona, pencapaian masa lalu dan masa depan saya akan sentiasa menjadi produk Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia.


Saya sentiasa bersyukur kerana Tan Sri membimbing, mengasuh dan memberi saya peluang untuk berkhidmat kepada negara yang saya cintai,” tulisnya dalam sebuah kenyataan.


Justeru itu, pemain nombor tujuh dunia ketika ini berkata beliau akan mewakili Malaysia pada Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2022 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam, Selangor dari 15-20 Februari. Kejohanan itu juga akan menjadi kelayakan untuk Piala Thomas dan Piala Uber.


Dalam pada itu, atlet kelahiran Kedah itu menggesa semua untuk terus menyokong BAM serta pemain profesional negara, yang turut diasuh oleh BAM.




Sumber: Malay Mail

8 views0 comments