• Syaziyah Md Sharif

Balkoni Di Bangunan Ini Buat Orang Ramai 'Meremang'

Kalau malam-malam mesti lagi seram

Kredit Foto: American Post

Balkoni sebuah rumah yang terletak di tengah-tengah Caracas, ibu kota Venezuela, dipenuhi dengan kepala anak patung yang seolah-olah memerhati orang ramai. Lebih menyeramkan, apabila hujan, patung-patung tersebut akan mengeluarkan 'air mata' hitam yang disebabkan asap dan jelaga dari kereta.


Tempat ini dikenali sebagai 'The Dollhouse' dan balkoni ini terletak di bahagian tertinggi sebuah rumah tiga tingkat yang bertempat di tengah Avenida Este 12, antara Fuerzas Armadas dan Sur 5, tempat itu juga dikenali sudut El Muerto.


Terdapat banyak kisah seram yang diceritakan oleh penduduk tempatan mengenai balkoni itu, tetapi sebenarnya kisah itu semuanya tidak benar dan hanya dongeng sahaja.


Balkoni itu merupakan ciptaan artis tempatan, Etanís González yang merupakan pemilik rumah dan sudah menukarkan sebahagian daripada bangunan itu menjadi muzium, balkoni itu adalah salah satu daripada karyanya yang terdapat di situ.


Menurut anak González, Jonathan balkoni seram itu ilham daripada hubungan terbina antara keluarganya dengan pemandu, Jesús Poleo yang mempunyai lori yang berhias dengan anak patung.


Bapanya mengambil masa tiga tahun menyiapkan karya itu memandangkan dia perlu melekatkan setiap kepala anak patung satu persatu dengan cermat.


Awalnya, balkoni anak patung itu menjadi kontroversi di kejiranan berkenaan dengan ada antara jiran González mengutip tandatangan untuk mendesak keluarga itu menurunkan anak patung terbabit.



Sumber: American Post


6 views0 comments