• Jonathan Shiek

Bak Sinetron! Demi Langsai Hutang Ibu Bapa, Gadis Ini Rela Menjadi Isteri Kedua

Seorang gadis berusia 21 tahun dari Indonesia menjadi tular apabila membuat pengakuan terpaksa menjadi isteri kedua demi melunaskan hutang.

Menerusi rakaman video di TikTok, gadis yang dipercayai bernama Najwa itu menceritakan kisah hidupnya yang berpoligami atas permintaan ibu bapa bagi melangsaikan hutan mereka dengan suaminya pada Julai tahun lalu.

@nazwa499i m single mom ! 💔💪 jgn salhkn saya ini bkn mau saya tp keadaan 🙏 ##singlemom ##bandung ##stronwoman

♬ original sound – 메타


Namun selepas enam bulan berumah tangga, Najwa mendakwa dirinya diceraikan oleh suami dalam keadaan hamil anak pertama.

Tambah Najwa, dia berasa sedih kerana terpaksa memegang gelaran janda dan ibu tunggal di usia yang terlalu muda.

Dalam videonya yang lain, dia sempat menasihati kaum wanita di luar sana agak tidak terjebak dengan poligami kerana ia hanya merugikan mereka di masa hadapan.

Video ini sudah ditonton lebih sejuta kali, menerima puluhan ribu likes dan mengundang tujuh ribu komen netizen yang bersimpati dengan nasib Najwa.

Sumber: Kosmo!, suara.com

0 views0 comments