• shafika9

Bagaimana Sebutan ‘IKEA’?, IKEA Singapura Kongsi Cara Sebutan Sebenar

Rasa macam betul kita sebut, rupanya salah selama ini

Kredit foto : Ikea Malaysia


Siapa saja yang tak tahu jenama terkenal dari Sweden ini, iaitu ‘IKEA’ ? semestinya semua golongan di Malaysia mengetahui gedung bagi kelengkapan rumah yang selesa dan elegan ini. Malah, seleksi bagi makanan yang disediakan di ‘IKEA’ sentiasa diminati oleh para pelanggan di Malaysia seperti bebola daging.


Tapi tahukah korang sebenarnya sebutan jenama ‘IKEA’ yang sering kali disebut oleh orang ramai adalah salah. Sehinggakan IKEA Singapura tampil dengan sebuah perkongsian di Instagram rasmi mereka dengan memaklumkan sebutan sebenar IKEA.

Menerusi dari perkongsian tersebut, cara sebutan betul bagi jenama ‘IKEA’ adalah ‘ee-kay-uh’ dan bukannya ‘ai-kay-uh’. Dalam erti kata lain, sebutan jenama ini bermula dengan sebutan ‘E’ “I” terlebih dahulu dan bukannya bermula dengan sebutan ‘I’ seperti yang disebut oleh orang ramai.


Bagi yang belum mengetahui tentang maklumat ini, jenama yang berasal dari Sweden ini berjaya mendapat namanya menerusi gabungan akronim nama pengasasnya iaitu Ingvar kamprad, ladang beliau membesar, Elmtaryd dan tempat asal beliau iaitu Agunnaryd. Ini cara sebenar sebutan ‘IKEA’ melalui dari satu video ini.


Sumber artikel asal dari VOCKET

13 views0 comments