• shafika9

Ayumi Hamasaki Dikejarkan Ke Hospital Kerana Mengalami Alergik

Semoga penyanyi pop terkenal dari Jepun ini cepat sembuh

Kredit foto: Arama! Japan


Penyanyi Pop terkenal dari Jepun, Ayumi Hamasaki telah dikejarkan ke hospital pada kelmarin apabila selesai mengadakan konsert di Nagoya. Menurut dari pengurusnya, Ayumi dikejarkan ke hospital setelah mengalami kejutan anafilaksis.


Ayumi, 43 tahun dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak membimbangkan walaupun masih tidak sedarkan diri seketika setelah mengalami tindak balas alergik yang teruk, lapor Avex Management Inc. dalam laman web rasminya semalam.


“Ayumi terpaksa membatalkan konsert yang dijadualkan pada petang semalam,” tambahnya. Terdahulu, Ayumi amat terkenal dengan beberapa buah lagu termasuk “Seasons” dan “M” yang diterbitkan pada tahun 2000 itu sedang mengadakan konsert jelajah bermula pada bulan lalu.


Kini, Ayumi masih mendapatkan nasihat doktor dan pihak lain sama ada ingin meneruskan jadual persembahannya atau tidak.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


0 views0 comments