• Jonathan Shiek

Ayam Jantan Dirakam Pergi Bank Malam-malam

Ayam sangat sinonim dengan kehidupan masyarakat kita. Ada makanan beresepikan ayam, contohnya nasi ayam. Ada peribahasa tentang ayam, salah satunya bagai ayam berak kapur. Ada juga istilah tertentu menggunakan ayam, iaitu ‘bapa ayam’. Macam-macam lagilah.

Ayam juga selalu dijadikan sebagai haiwan peliharaan di kampung, dijadikan sebagai ‘teman’ yang menjaga kawasan rumah. Selain itu, ayam juga dijadikan haiwan ternakan di ladang-ladang yang membekalkan sumber daging ayam.

Tapi apa yang terjadi pada kali ini memang mencuit hati netizen. Pernah tak anda lihat ayam pergi bank? Ya, itulah yang terjadi seperti yang dikongsikan di laman Facebook Kak Misai ini.

Dalam perkongsian itu, Kak Misai menulis kapsyen yang berbunyi:-

Kiamat dah dekat. Lama dah akak hidup. Inilah kali pertama dalam hidup akak jumpa ayam sabung pergi bank malam-malam macam ni.Terkena sumpahan agaknya ni kan? Tanjat oboi akak. Kalau tak kena sumpah takkanlah ayam nak tuntut Bantuan Prihatin Ayam kan?

Di bawah ini adalah turutan gambar si ayam jantan ini yang masuk senyap-senyap ke dalam sebuah bank. Lokasi tidak dapat dipastikan di mana.


Sumber: SiakapKeli

0 views0 comments