• Jonathan Shiek

Awal Ashaari Dikurniakan Anak Baru, Tapi Disaman pula RM300 Ribu

Syarikat hiasan dalaman Naz Carpentry mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pelakon dan pengacara Awal Ashaari lebih dari RM300,000 kerana melanggar kontrak.

Difahamkan, Awal didakwa melanggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baru dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Naz Carpentry dalam samannya menuntut deklarasi bahawa defendan (Awal Ashaari) tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.

Naz Carpentry juga menuntut lebih dari RM300, 000 dibayar oleh defendan termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan dan kos-kos lain.

Sebelum ini, pada 13 November tahun lalu, Naz Carpentry telah menyaman Awal Ashaari dan menuntut RM3 juta kerana telah menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat dan pemilik syarikat tersebut melalui kempen media sosial di akaun Awal.

Pada 12 Februari yang lalu, Awal Ashaari dan isteri Scha Alyahya selamat mengurniakan cahaya mata kedua.

“Ia satu keajaiban,” kata Awal Ashaari yang berkongsi mengenai pengalaman melihat sendiri proses kelahiran anaknya.

Awal mengucapkan rasa syukur kepada Allah atas peluang untuk melalui pengalaman itu.

“Ya Allah, saya bersyukur dapat sekali lagi menjadi saksi kepada keajaiban ini,” tulisnya.

0 views0 comments