• Jonathan Shiek

Avatar Kembali Muncul Filem Paling Laris Di Dunia Selepas Tewaskan Avengers: Endgame

Ia mungkin kedengaran sedikit mengecewakan para peminat filem superhero Marvel Avengers: Endgame apabila jumlah kutipan bagi filem ini ditewaskan oleh filem yang pernah terlaris pada sebelum ini iaitu Avatar, menurut dari laporan CNBC.

Filem yang diarahkan oleh James Cameron, Avatar (2009) pernah dinobatkan filem paling laris apabila berjaya meraih kutipan terbaharu dengan catatan sekitar USD 2.8 billion (RM 11.53 bilion) dang berjaya mengatasi semula filem Avengers: Endgame (2019) dengan kutipan sebanyak USD 2.797 billion (RM11.52 billion). Difahamkan, kutipan tersebut telah melonjak naik sebanyak USD 8 juta (RM32.8 juta) selepas ditayangkan semula di pawagam di China pada Sabtu lalu.


View this post on Instagram

A post shared by The Russo Brothers (@therussobrothers)


Menurut sumber, industri perfileman di China dikhabarkan terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Demi kembalikan industri filem di negara tersebut, China mengambil inisiatif untuk menayangkan semula filem-filem yang pernah pecah panggung bagi tontonan umum. 

Apa-apa pun tahniah buat filem Avatar (2009), kerana berjaya mengatasi filem Avengers: Endgame (2019). Saya pasti mungkin ramai yang menunggu filem Avatar 2 yang berkemungkinan bakal ditayangkan pada tahun 2022 nanti.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments