• Syaziyah Md Sharif

Australia Tangguhkan Pembukaan Sempadan

Ia termasuk kepada golongan pekerja dan pelajar

Gambar Hiasan

Australia menangguhkan rancangan untuk membuka semula sempadan antarabangsanya kepada pekerja mahir dan pelajar didorong kebimbangan terhadap varian Covid-19 Omicron.


Selepas mesyuarat keselamatan tergempar, Perdana Menteri Scott Morrison berkata pembukaan semula pada 1 Disember ini akan ditangguhkan sekurang-kurangnya dua minggu.


Sempadan Australia ditutup kepada kebanyakan bukan warganegara selama lebih daripada 20 bulan, menyebabkan kekurangan tenaga kerja dan menjejaskan industri pelancongan yang penting.


Morrison menyifatkan penangguhan itu sebagai keputusan yang perlu dan sementara berdasarkan nasihat perubatan.


Australia setakat ini mengesan lima kes varian Omicron.


"Penangguhan sementara akan memastikan Australia dapat mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk lebih memahami varian Omicron," katanya.


Australia mempunyai beberapa sekatan sempadan yang paling sukar dan paling tahan lama di dunia semasa pandemik susulan vaksinasi yang perlahan.



Sumber: Harian Metro

10 views0 comments