• Syaziyah Md Sharif

Australia Dilanda Gempa Bumi Sekuat 5.8 Skala Ritcher

Melbourne merupakan bandar yang paling teruk terjejas

Kredit Foto: Newshub

Gempa berukuran 5.8 skala Richter melanda tenggara Australia hari ini, menurut agensi Geologi Amerika Syarikat.


Penduduk di Melbourne dilapor keluar ke jalanan selepas merasai gegaran ketika berada di dalam bangunan.


Gegaran itu berlaku kira-kira 9 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa berkedalaman 10 kilometer.


Media tempatan melaporkan terdapat bangunan rosak di Melbourne susulan gempa itu, malah penduduk Victoria mendakwa merasai gegaran kuat selama 30 saat.


Gegaran sama turut dirasai di Canberra dan New South Wales.





Video mengenai kerosakan yang berlaku memenuhi media sosial dengan Chapel Street di South Yarra dikatakan paling teruk terjejas.





Sumber: Harian Metro



9 views0 comments