• shafika9

Atlet Ukraine Mohon Maaf Buat Rakyat Malaysia

Malah akaun Instagram beliau turut digodam juga

Kredit foto: Instagram ( maksym.koval_official)


Hanya kerana ketidakpuasan hati rakyat Malaysia disebabkan pembatalan pingat emas buat kontinjen negara Ziyad Zolkefli, netizen mula menyerang akaun sosial media salah seorang atlet dari Ukraine, Maksym Koval yang dikatakan memulakan protes terhadap tiga atlet yang lewat ke ‘Call Room’ atau bilik menunggu.


Atlet paralimpik Ukraine, Maksym Koval terpaksa membuka akaun Instagram baharu selepas akaun pertamanya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. “Akaun pertama saya telah digodam rakyat Malaysia selepas mereka menyerang saya dengan menghantar banyak komen spam pada hantaran-hantaran saya,” ujarnya melalui Instagram Story beliau sendiri.


Walaupun Koval telah membuka akaun Instagram barunya, ia tetap menerima komen-komen negatif, malah ada netizen yang turut mengecam Koval. Ada diantara netizen meninggalkan komen yang positif dan mengucapkan tahniah buat Koval. Netizen juga berkata sila jaga adab dan jangan memalukan nama negara Malaysia hanya kerana ketidakpuasan hati sendiri terus melepaskan geram buat atlet dari Ukraine ini.


Koval juga memuat naik permohonan maaf beserta emoji dua telapak tangan dirapatkan dipercayai sebagai tanda merayu agar pertikaian itu tidak dipanjangkan lagi. Ini antara yang dimuat naikkan oleh atlet Ukraine, Koval di ruangan Instagram Story beliau.

Rata-rata rakyat Malaysia menyifatkan tindakan segelintir warganet yang meninggalkan komen negatif tersebut terlalu melalui batas dan dianggap tidak matang selain mencemarkan nama baik negara. Ini antara komen-komen positif dari rakyat Malaysia, boleh lihat dibawah sini.





Sebagai rakyat Malaysia, tolonglah hentikan buli siber ini dan jangan melepaskan geram korang diruangan media sosial orang lain. Sebaliknya, kita berikan kata-kata semangat dan baik buat orang lain. Ingat perlu menjaga adab dan pertuturan kita supaya tidak melampaui batas.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


1 view0 comments